Kepada :
_________________________________ Tarikh : 30 September 2009
Penghuni Perumahan Guru 2009 Ruj kami: CEA 8024 / 09 / PG / 05
Tuan / Puan / Cik ,
MAJLIS GOTONG ROYONG JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI 2009
Adalah dengan segala hormatnya , saya diarahkan merujuk kepada perkara di atas .
- Sehubungan dengan itu , dimaklumkan bahawa gotong royong tersebut akan diadakan sebagaimana maklumat berikut :
Tarikh : 3 OKTOBER 2009 ( Sabtu )
Tempat : Perkarangan kawasan dewan
Masa : Bermula 8 pagi
Aktiviti : Gotong royong memasak
1.Lemang
2.Dodol
Tarikh : 3 OKTOBER 2009 ( Sabtu )
Tempat : Perkarangan kawasan dewan
Masa : 8 malam
Aktiviti : Jamuan
Catatan : Penghuni perumahan yang ingin menyumbangkan kuih- kuih raya adalah digalakkan
- Semua penghuni perumahan dijemput hadir dan segala kerjasama amat dihargai serta diucapkan ribuan terima kasih .
Sekian , terima kasih .
" BERKHIDMAT UNTUK AGAMA , BANGSA DAN NEGARA "
Saya yang menurut perintah ,
……………………………………………
( MOHD EDYZMIRA B AB KADIR )
Setiausaha ,
JK Perumahan SMK Bantura 2009/2011
0 comments:
Post a Comment