MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PERUMAHAN KALI KETIGA 2009
TARIKH : 09.07.2009
HARI : Rabu
MASA : 8.45 malam
TEMPAT : Kantin Sekolah
KEHADIRAN ( Ikut Kekananan
)
1. En Nadzri Bin Mat Salleh Pengerusi Perumahan
2. En Mohd Shakari Timbalan
3. Us Abdul Jalal Bendahari ( pagi )
4. En Mohd Firdaus Bendahari ( petang )
5. En Mohd Edyzmira Setiausaha
6. En Mohd Shahril-lizan AJK
7. En Mohd Sanusi AJK
8. En Ridwan B Mazlam AJK
9. Pn Fauzilah AJK
10. Cik Nik Radhiah AJK
11. Cik Yusliha AJK
Tidak Hadir Bersebab
1.En Azrul Nizam
2.En Adnan
- PERUTUSAN PENGERUSI
- Ucapan salam dan terima kasih atas kehadiran
Untuk makluman
- MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT
1 Setiausaha membentangkan minit mesyuarat Jawatankuasa Perumahan kali kedua 2009 .
2 Encik Sahril-Lizan mencadangkan Jawatankuasa Perumahan kali kedua 2009 disahkan dan En Sanusi menyokong.
Untuk Makluman
- PEMBENTANGAN LAPORAN KEWANGAN SETENGAH TAHUN
- Bendahari membentangkan laporan kewangan bagi setengah tahun yang pertama bagii tahuhj 2009 .
- Baki tahun 2008 ialah sebanyak RM3739.00 . Setelah dicampur dengan kutipan terkini dan semua perbelanjaan (rujuk lampiran ) , maka jumlah baki yang terkumpul ialah sebanyak RM1800.00 .
- Baki dalam akaun Agro Bank akan dikeluarkan dan akaun akan ditutup.
- Laporan Kewangan Ini disahkan oleh semua ahli mesyuarat .
Untuk makluman
- GOTONG ROYONG
- Satu gotong royong akan diadakan pada hari ahad depan ( 19.07.2009 ) .
- Kawasan gotong royong ialah di kawasan belakang , bahagian kawasan tanaman rambutan dan sekitarnya .
- Cadangan diadakan sedikit jamuan durian .
- Setiausaha akan membuat makluman dan edaran pemberitahuan
Untuk makluman
- Berkenaan jamuan Ramadhan dan Aidilfitri , ia adalah satu cadangan yang baik dan boleh dilaksanakan.
- Untuk morey solat tarawih , setakat ini masih belum dapat penajaan mana-mana pihak , jadi digalakkan kepada penghuni perumahan untuk menyumbangkan sumbangan morey dengan kadar maksima RM20.
Untuk makluman
- HAL-HAL LAIN
- Berkaitan tanaman kelapa sawit yang diusahakan oleh sekolah , En Shakari mengusulkan satu cadangan mengenai status penanaman , progres dan hasil bagi tanaman terbabit .
- Pengerusi akan mendapatkan status terkini dari GPK Pentadbiran
Tindakan : Pengerusi
- Pengerusi mencadangkan agar diadakan satu pertandingan kebersihan dan keceriaan kawasan rumah .
- Mesyuarat memutuskan tidak perlu diadakan pertandingan .
Untuk makluman
- Hari Keluarga Perumahan seboleh-bolehnya diadakan sebelum bulan Ogos .
Tindakan : Biro Sosial , Kebajikan
- PENANGGUHAN MESYUARAT.
- Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.00 malam
DISEDIAKAN DISEMAK OLEH:
......................................................... ...............................................
( MOHD EDYZMIRA B AB KADIR ) (EN NADZRI B MAT SALLEH)
Setiausaha , Pengerusi ,
JK Perumahan Guru 09/10 , JK Perumahan Guru 09/10,
SMK Bandar Tun Razak , SMK Bandar Tun Razak ,
26900 Rompin 26900 Rompin
0 comments:
Post a Comment