Monday, January 10, 2011

Minit yang lalu

MINIT MESYUARAT PERUMAHAN GURU SMK BANDAR TUN RAZAK

KALI KELIMA 2009/2010


 


 

Tarikh        :    8 Oktober 2010

Masa        :    1315 Khamis

Tempat        :    Bilik Gerakan

Kehadiran


 

1. 

En Nazri B Mat Salleh

    

2. 

En Mohd Shakari B Abu Bakar

    

3. 

Us Abd Jalal B Mustafa

    

4. 

En Mohd Firdaus B Musa

    

5. 

En Mohd Edyzmira Ab Kadir

    

6.

En Mohd Shahril Lizan B Azahan

    

7.

En Mohd Sanusi Ab Ghani

    

8.

En Ridwan B Mazlam

    

9.

Pn Fauzilah

    

10.

Cik Yusliha Bt Md Chan

    

11.

Cik Nik Radhiah

    

12. 

     
      
    

.

 

Tidak hadir

1. 

En Adnan

2.

En Azrul Nizam B Zahari

  

Bil 

Agenda 

Tindakan 

 

Ucapan Pengerusi Perumahan

Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi datang .

 
 

Pengesahan Minit Mesyuarat lalu

Setiausaha membentangkan minit mesyuarat lalu dan menyatakan perkara-perkara berbangkit.

 
 

Pembentangan agenda mesyuarat

Pengerusi telah memulakan perbentangan usul .

  1. Pemilihan permohonan untuk memasuki perumahan - En Nazri mengesahkan ada satu kekosongan di perumahan guru dan terdapat 3 permohonan untuk kekosongan terbabit .

    Keputusan : Akan ditetapkan oleh Jemaah Pentadbir Sekolah

  2. Isu tanaman sawit - En Shakari mengutarakan berapakah jumlah hasil dari tanaman sawit di sekeliling sekolah . Tanaman sawit di bawah bidang kuasa GPK 1 .

    Keputusan : Mesyuarat sebulat suara memutuskan tanaman sawit diserahkan kepada JK Perumahan .

 
 

Hal-hal lain.

  1. Penghargaan kepada JK 2009/10 – satu bentuk penghargaan akan ditentukan
 


 

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1408

Disediakan oleh ,                                Disahkan oleh ,


 


 

-------------------------------------                            -----------------------

( Mohd Edyzmira B Ab Kadir )                            ( En Nadzri b Mat Salleh )

S/U JK Perumahan 2009/10                     Pengerusi JK Perumahan 2009/10

Sunday, May 23, 2010

Peperiksaan Pertengahan Tahun Membuat Perabot 2010

Nama : .............................................    No K/P    :    .................................................


 

SULIT                                                        7102/1

7102/1

Membuat

Perabot

Kertas 1

31 Mei 2010

2 jam 30 minit        


 


 

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN


 

2010


 

TINGKATAN 4


 


 

MEMBUAT PERABOT


 

Kertas 1


 

Dua jam tiga puluh minit


 


 


 

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

    

  1. Kertas soalan ini mengandungi mengandungi tiga bahagian .

    Bahagian A , Bahagian B dan Bahagian C

  2. Jawab semua soalan dalam Bahagian A ,Bahagian B dan Bahagian C .
  3. Jawapan hendaklah ditulis dalam ruangan yang disediakan dalam kertas soalan .

    Kertas soalan ini hendaklah diserahkan pada akhir peperiksaan .

  4. Kira mengira mestilah ditunjukkan dengan jelas . Anda mungkin kehilangan skor jika langkah-langkah penting tidak ditunjukkan dengan teratur .
  5. Anda boleh menggunakan kalkulator .


 


 


 


 

Kertas soalan ini mengandungi 11 halaman bercetak termasuk muka depan


 

7102/2                         [    Lihat sebelah                                                 SULIT    


 


 


 


 


 


 

Arahan : Jawab semua soalan di ruangan yang disediakan .


 

  1. Nyatakan apakah amalan 4M .
    1. ………………………………………………….
    2. ………………………………………………….
    3. ………………………………………………….
    4. ………………………………………………….


     

  2. Nyatakan 4 jenis alat pemadam api beserta dengan warnamya .


     

    1. ………………………………………………….
    2. ………………………………………………….
    3. ………………………………………………….
    4. ………………………………………………….


     

  3. Nyatakan 4 langkah keselamatan semasa berada di bengkel membuat perabot .


     

    1. ……………………………………………………………………………………………………
    2. ……………………………………………………………………………………………………
    3. ……………………………………………………………………………………………………
    4. ……………………………………………………………………………………………………


 


 


 

  1. Nyatakan 3 faktor yang meyebabkan kemalangan di tempat kerja .


     

    1. ……………………………………………………………………………………………………
    2. ……………………………………………………………………………………………………
    3. ……………………………………………………………………………………………………


 

  1. Senaraikan 4 kaedah rawatan asas dalam pertolongan cemas .


     

    1. ……………………………………………………………………………………………………
    2. ……………………………………………………………………………………………………
    3. ……………………………………………………………………………………………………
    4. ……………………………………………………………………………………………………


       

  2. Nyatakan 2 asas pertolongan cemas yang perlu diambil apabila berlaku kemalangan .


     

    1. ……………………………………………………………………………………………………

      ……………………………………………………………………………………………………

    2. ……………………………………………………………………………………………………

      ……………………………………………………………………………………………………


     

  3. Berikan maksud etika kerja .


     

    …………………………………………………………………………………………………………………


     

    …………………………………………………………………………………………………………………


     


     


     


     


     

  4. Berikan 2 contoh mematuhi etika kerja .


     

    1. ………………………………………………….
    2. ………………………………………………….


 

  1. Nyatakan alatan yang digunakan untuk membuat meja jepun dari meja pelajar yang rosak .


     

    1. ………………………………………………….
    2. ………………………………………………….
    3. ………………………………………………….
    4. ………………………………………………….
    5. ………………………………………………….
    6. ………………………………………………….
    7. …………………………………………………
    8. …………………………………………………
    9. …………………………………………………


     

  2. Nyatakan 5 mesin yang digunakan untuk membuat perabot .


     

    1. ………Mesin Larik…………………………….
    2. ………………………………………………….
    3. ………………………………………………….
    4. ………………………………………………….
    5. ………………………………………………….


     


     


     


     


     

  3. Nyatakan 10 alatan tangan dan mesin mudah alih yang digunakan untuk membuat perabot .


     

    1. ………………………………………………….
    2. ………………………………………………….
    3. ………………………………………………….
    4. ………………………………………………….
    5. ………………………………………………….
    6. ………………………………………………….
    7. …………………………………………………
    8. …………………………………………………
    9. …………………………………………………


       

  4. Senaraikan 10 jenis kayu balak yang terdapat di Malaysia .


     

    1. ………Kempas………………………………..
    2. ………………………………………………….
    3. ………………………………………………….
    4. ………………………………………………….
    5. ………………………………………………….
    6. ………………………………………………….
    7. …………………………………………………
    8. …………………………………………………
    9. …………………………………………………


     


     


     


     

  5. Nyatakan 5 jenis barangan logam perabot ( dipasang bersama perabot )


     

    1. …………Paku…………………………………
    2. ………………………………………………….
    3. ………………………………………………….
    4. ………………………………………………….
    5. ………………………………………………….


       

  6. Lukis 4 jenis kecacatan kayu .


     


     


     

    1. Melentik


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 

  1. Lengkong sabot


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 

  1. Melenkung


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 

  1. Piuh


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 

  1. Lakarkan dan namakan 2 jenis skru kayu .


     

    1. ………………………………………………….


       


       


       


       


       


       

    2. ………………………………………………….


     


     


     


     


     

  2. Nyatakan 7 jenis saiz kayu .


     

    1. …………Balak………………………………..
    2. ………………………………………………….
    3. ………………………………………………….
    4. ………………………………………………….
    5. ………………………………………………….
    6. ………………………………………………….
    7. …………………………………………………


 


 


 


 

Soalan Tamat.

Friday, October 23, 2009

Gambar Perkhemahan


The marching order of the winning team...congrat..

Thursday, October 1, 2009

How to motivate your students

Panduan Guru:12 Pendekatan Memotivasikan PelajarOleh: Dr. Tengku Asmadi T. Mohamad, Ph.D1. Penerangan Yang Jelas. Kajian menunjukkan kebanyakan pelajar tidak cemerlang dalam kerja rumah dan tugasan kerana mereka tidak tahu apa yang patut mereka lakukan. Guru sepatutnya memberikan sedikit masa untuk menjelaskan perkara berikut: a. Kenapa tugasan yang diberikan itu penting? b. Apa kaitan sesuatu subjek dengan kehidupan? c. Memastikan pengetahuan asas mereka mantap. d. Beritahu bagaimana hasil kerja mereka akan dinilai. 2. Ganjaran. Pelajar yang tidak mempunyai motivasi dalaman yang kuat boleh dimotivasikan secara luaran dengan menyediakan pelbagai bentuk ganjaran. Lihat apa kebaikan dan kelebihan pelajar dan suburkannya, mereka pasti mengulangi kebaikan ini dilain masa. Pelbagai bentuk ganjaran boleh diberikan seperti hadiah, puji-pujian, pelepasan dari tugas harian, dan sebagainya. Ganjaran bukan sahaja diberikan terhadap pencapaian yang diperolehi tetapi juga terhadap usaha yang diberikan. Berikan insentif agar pelajar berusaha untuk menguasai pengetahuan dan maklumat bukan sekadar bersaing antara satu sama lain. Ganjaran luar yang berkesan ialah yang mampu menjana motivasi dalaman pelajar. 3. Tetapkan Matlamat. Setiap pelajar mestilah disuruh menetapkan matlamat untuk setiap mata pelajaran yang diambil. Ikuti perkembangan pelajar dan pastikan setiap pelajar mampu merealisasikan matlamat masing-masing. 4. Ambil Berat. Pelajar akan memberikan tindakbalas yang positif terhadap guru yang ambil berat tentang diri dan masalah mereka. Memahami adalah lebih baik dari menghukum. Ada ketikanya guru perlu bercerita kisah lampau, memberitahu kesilapan-kesilapan yang pernah mereka lakukan, dan lain-lain sebagai suatu teladan untuk pelajar. Dengan cara ini wujud kemesraan antara guru dan pelajar. Ini penting untuk mewujudkan jambatan emosi, saling mempercayai dan saling bertanggung jawab. Sekiranya mereka lakukan kesilapan, pastikan mereka faham bahawa semua orang boleh lakukan kesilapan tetapi jelaskan kepada pelajar iaitu manusia berjaya ialah mereka yang belajar dari kesilapan. Sentiasa tanya apa matlamat mereka? Apa perancangan mereka? Sejauh mana progres mereka? Apa minat mereka? Apa kerjaya pilihan mereka? Dan sebagainya. “Pelajar tidak prihatin sejauh mana anda tahu sehinggalah mereka tahu sejauh mana anda prihatin terhadap mereka”. Ada ketikanya guru perlu bertemu pelajar secara personal untuk membuktikan yang mereka benar-benar ambil berat tentang mereka. Malah usahakanlah untuk dari semasa ke semasa mengatur sessi perbincangan personal ini dengan semua pelajar. 5. Penglibatan Pelajar. Salah satu kunci motivasi diri ialah penglibatan aktif pelajar dalam pembelajaran. Berdiri di depan kelas dan memberi syarahan untuk memotivasikan mereka lambat laun tidak akan meninggalkan sebarang kesan. Rangsang pelajar untuk terlibat dalam aktiviti seperti perbincangan kumpulan, penyelesaian masalah, aktiviti luar, interaksi antara pelajar dan saling membantu. Pelajar akan lebih bermotivasi apabila mereka rasa diri mereka penting dan diperlukan. Oleh itu libatkan setiap pelajar dalam pelbagai kerja guru seperti mencari bahan rujukan, mencari biografi orang tertentu, menyusun atur bilik darjah mengangkat buku dan sebagainya. 6. Penuhi Keperluan Pelajar. Guru mestilah sedar bahawa setiap pelajar memerlukan daya hidup, kasih sayang, kuasa memilih, keseronokan dan kebebasan. Misalnya, memberikan peluang pelajar memilih satu dari dua tiga tajuk untuk disiapkan, atau satu dari beberapa aktiviti untuk mereka terlibat, memberikan mereka kuasa memilih. Adakan juga aktiviti pembelajaran yang mereka rasa seronok kerana bebas menyumbang sebarang ide. 7. Lebihkan Pembelajaran Visual. Berikan penerangan dalam bentuk yang visual agar pelajar mampu memahami dan mengingati dengan lebih berkesan. Gunakan bahasa visual, gambar, lakaran. Graf, carta, imej 3D dan sebagainya. Berikan gambaran jelas dengan peta konsep agar pelajar tahu apa kandungan penting sesuatu bab dan dapat melihat kaitan antara satu bahagian dengan bahagian yang lain dalam bab tersebut. Ini membolehkan pelajar membentuk rangka asas terhadap satu-satu topik baru dan seterusnya menimbulkan minat dan meningkatkan pemahaman mereka. 8. Gunakan pelbagai emosi untuk merangsang pembelajaran dan motivasi. Kekuatan memori ada kaitannya dengan tahap emosi yang membentuk pengalaman seseorang. Pelajar akan lebih mudah mengingat dan memahami sesuatu yang disertai dengan pendekatan emosi. Pelajar akan lebih bersedia untuk belajar apabila ada unsur-unsur kepelbagaian emosi kerana mereka tidak akan bosan. Jangan malu untuk mempelbagaikan watak, gaya dan pendekatan anda demi menarik minat pelajar terhadap apa yang mahu anda sampaikan. Sebagai guru, hakikat siapa anda tidak penting yang penting ialah siapa mereka 10 – 15 tahun yang akan datang. Setiap pendekatan emosi yang diambil sama ada marah, menghiburkan, tegas dan sebagainya tidak lain hanya sekadar lakunan yang tujuannya untuk membentuk dan mendidik. 9. Ajarkan Mereka Strategi Dan Teknik. Ajarkan mereka teknik pembelajaran berkesan, pengurusan masa, kaedah membaca, kaedah mengambil nota dan sebagainya. Tanam dalam fikiran pelajar bahawa ‘Belajar Itu Mudah’. Pecahkan sebarang halangan mental terhadap mata pelajaran akibar terpengaruh oleh pendapat orang lain – Misalnya ramai pelajar percaya bahawa ‘Kimia itu susah’. 10. Terima Pelajar Seadanya. Ramai guru yang berkata bahawa mereka lebih suka sekiranya pelajar mereka semuanya rajin, pandai, gigih, tekun dan berdisiplin. Mereka tidak sanggup terima kenyataan bahawa tidak semua pelajar begitu. Mereka memandang pelajar yang bermasalah ini dengan sebelah mata. Pelajar ini tidak dipedulikan sebab mereka rasa mereka sukar dibentuk. Disinilan berbezanya antara guru biasa dengan guru cemerlang. Guru cemerlang akan terima pelajar seadanya dan menjangkakan kejayaan untuk setiap pelajar ini. Hanya dengan memberikan yang terbaik sahaja maka seorang guru akan merasa puas dengan kariernya. Ramai pelajar gagal kerana guru mereka telah meramalkan kegagalan mereka. Guru mesti sentiasa faham, mengajar bukan sekadar memberikan maklumat dan penerangan semata-mata. Mereka juga perlu mempengaruhi pelajar dari segi budaya, pemikiran dan tingkah laku. Guru juga perlu berhati-hati dengan ucapan dan pandangan yang dilontarkan kepada pelajar kerana kesannya sangat besar dalam hidup pelajar. Anda hanya ada dua cara untuk membuatkan anda sentiasa diingati oleh pelajar – sebagai seorang guru yang disayangi; atau sebagai seorang guru yang paling dibenci. Mana-mana guru yang berada diantara dua kategori ini pasti akan dilupakan. Apa pilihan anda? 11. Berikan Kata Perangsang – Cipta beberapa kata jaya yang menjadi perangsang kepada pelajar anda. Ulangi kata-kata ini. Lekatkan kata-kata ini dalam kelas akan ia lazim dalam pemikiran pelajar. 12. Amalkan Prinsip ‘3F’ – iaitu ‘Firm’, ‘Fair’ dam ‘Friendly’ atau Tegas, Saksama, dan Mesra.

Wednesday, September 30, 2009

Surat Jemputan Jamuan

Kepada :

_________________________________        Tarikh    : 30 September 2009

Penghuni Perumahan Guru     2009            Ruj kami: CEA 8024 / 09 / PG / 05


 


 

Tuan / Puan / Cik ,


 


 

MAJLIS GOTONG ROYONG JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI 2009

Adalah dengan segala hormatnya , saya diarahkan merujuk kepada perkara di atas .


 

  1. Sehubungan dengan itu , dimaklumkan bahawa gotong royong tersebut akan diadakan sebagaimana maklumat berikut :


     

    Tarikh        :    3 OKTOBER 2009 ( Sabtu )

    Tempat        :    Perkarangan kawasan dewan

    Masa        :    Bermula 8 pagi

    Aktiviti        :    Gotong royong memasak

                    1.Lemang

                    2.Dodol


     

    Tarikh        :    3 OKTOBER 2009 ( Sabtu )

    Tempat        :    Perkarangan kawasan dewan

    Masa        :    8 malam

    Aktiviti        :    Jamuan

    Catatan    :    Penghuni perumahan yang ingin menyumbangkan kuih-    kuih raya adalah digalakkan


     


     

  2. Semua penghuni perumahan dijemput hadir dan segala kerjasama amat dihargai serta diucapkan ribuan terima kasih .


     

    Sekian , terima kasih .


     

    " BERKHIDMAT UNTUK AGAMA , BANGSA DAN NEGARA "


     

    Saya yang menurut perintah ,


     


     

    ……………………………………………

    ( MOHD EDYZMIRA B AB KADIR )

    Setiausaha ,

    JK Perumahan SMK Bantura 2009/2011

Tuesday, September 29, 2009

Fasting in syawal

Puasa Enam & Beberapa Persoalan Mengenainya
بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين.


Ibadah puasa adalah suatu amalan mulia yang amat digalakkan oleh Islam. Selain puasa fardhu Ramadhan, umat Islam juga boleh melakukan ibadat puasa sunat di luar bulan Ramadhan. Ada puasa sunat yang bersifat mingguan (seperti berpuasa pada hari isnin dan khamis), puasa bulanan (tiga hari dalam sebulan) dan puasa tahunan (hari Arafah, ‘Asyura’ dan enam hari dalam bulan Syawal).

Puasa adalah satu ibadah yang besar keutamaannya. Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallahu’alaihiwasallam bersabda, Allah subhanahu wata’aala berfirman (dalam hadis Qudsi):

(( كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلا الصِّيَامَ؛ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ… وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ )) رواه مسلم.
Maksudnya: “Setiap amal manusia adalah untuk dirinya kecuali puasa, ia adalah untuk-Ku dan Aku memberi ganjaran dengan (amalan puasa itu).” (Rasulullah menjelaskan): “Demi Allah yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, nafas orang yang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah berbanding wangian kasturi.” [Sahih Muslim no: 1151] Selain hadis di atas, terdapat banyak hadis lain yang menerangkan keutamaan puasa sunat.

Abu Said Al-Khudri ra berkata: Rasulullah saw bersabda:

(( مَنْ صَامَ يَوْمًا فِي سَبِيلِ اللهِ بَعَّدَ اللهُ وَجْهَهُ عَنْ النَّارِ سَبْعِينَ خَرِيفًا )) رواه البخاري.
Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa satu hari pada jalan Allah, nescaya Allah swt menjauhkan mukanya dari api neraka selama 70 tahun”. [Sahih Al-Bukhari no: 2840]

Di antara puasa sunat ialah puasa enam hari pada bulan Syawal. Bersempena dengan bulan Syawal ini, artikel ini akan membincangkan tentang puasa sunat ini.


Dalil Puasa Sunat Enam Syawal.

Abu Ayyub Al-Ansari ra berkata: Rasulullah saw bersabda:

(( مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ)) رواه مسلم.
Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.” [Sahih Muslim hadis no: 1164].

Di dalam hadis ini Rasulullah saw menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun.

Para ulama’ menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda. Puasa 30 hari di bulan Ramadhan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa 6 hari di bulan Syawal pula diganjari dengan 60 hari. Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia hampir menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari. Sesungguhnya Allah swt maha berkuasa untuk memberikan ganjaran sebanyak mana yang dikehendaki-Nya.

Hikmah Puasa Sunat Enam Syawal.

Sebenarnya puasa enam hari ini mempunyai beberapa hikmah yang tertentu dari sudut kesihatan manusia itu sendiri. Puasa selama sebulan penuh di bulan Ramadhan antaranya menyebabkan sistem percernaan di dalam badan berehat seketika di waktu siang selama sebulan. Kedatangan bulan Syawal pula menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengan diberikan tugas mencerna pelbagai makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya. Oleh kerana itulah, puasa enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.

Selain dari itu, sebagai manusia yang menjadi hamba kepada Allah swt, alangkah baiknya seandainya amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita di bulan Ramadhan ini kita teruskan juga di bulan Syawal walaupun sekadar enam hari. Ini seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata kerana ia menjadi satu kewajipan tetapi kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersunguh-sungguh untuk taqarrub kepada tuhannya. Kerana itulah kata ulama’: “Betapa malangnya orang yang hanya mengenal Allah pada bulan Ramadhan, sedangakan pada bulan lain Allah swt dilupai”.


Hukum Puasa Sunat Enam Syawal.

Hukumnya adalah sunat. Berkata Imam An-Nawawi rh: “Hadis ini jelas menjadi dalil bagi mazhab Imam al-Syafi’e, Imam Ahmad, Daud dan ulama’ yang sependapat dengan mereka bahawa disunatkan berpuasa enam hari (pada bulan Syawal).

Imam Malik dan Imam Abu Hanifah pula menganggap hukumnya makruh. Sebabnya kerana bimbang orang ramai akan menyangka ia adalah sebahagian dari puasa Ramadhan (yang wajib hukumnya) padahal ia bukanlah dari puasa Ramadhan.” [Syarah Sahih Muslim 8/56]


Bilakah Dimulakan Puasa Sunat Enam Syawal?

Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal. Ini kerana tarikh 1 Syawal adalah hari Eidil Fitri dan kita dilarang dari berpuasa pada hari tersebut. Abu Hurairah ra berkata:

( أَنَّ رَسُولَ اللهِ r نَهَى عَنْ صِيَامِ يَوْمَيْنِ: يَوْمِ الأَضْحَى، وَيَوْمِ الْفِطْرِ ) رواه مسلم.
Maksudnya: “Nabi saw melarang puasa pada hari (Eidil) Fitri dan (Eidil) Adha.” [Sahih Al-Bukhari no: 1991].


Bagaimana Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal?

Syarat dan adab bagi puasa sunat enam Syawal adalah sama seperti puasa wajib pada bulan Ramadhan.


Persoalan yang menjadi perbincangan di kalangan para ulama’ ialah:

1- Adakah ia dilaksanakan secara berturut-turut selama enam hari atau secara terputus?

Pandangan yang lebih tepat adalah ia boleh dilakukan secara terputus (tidak berturut-turut) asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelum berakhirnya bulan Syawal. Ini kerana apabila Rasulullah saw menganjurkan puasa sunat enam hari ini, baginda menyebut bulan Syawal secara umum tanpa memberi ketentuan hari-harinya. Maka puasa enam tersebut boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam bulan Syawal asalkan bukan pada 1 Syawal dan bukan sesudah berakhir bulan Syawal.

Namun adalah lebih afdhal disegerakan pelaksanaan puasa enam Syawal berdasarkan umum firman Allah swt:

] وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ [ [آل عمران: 133]
Maksudnya: “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.” [Surah Aali Imran:133]


2- Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal Sebelum Mengqadha Puasa Ramadhan.

Wujud perbincangan di kalangan para ulama’, apakah dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal jika seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan yang belum diqadhanya? Ada dua pendapat ulama’ dalam masalah ini.

Pendapat Pertama: Boleh melakukannya, berdasarkan dalil bahawa Aisyah radhiallahu ‘anha pernah mengakhirkan hutang puasa Ramadhan yang perlu diqadhanya hingga ke bulan Sya’ban yang akan datang. Aisyah ra berkata:

( كَانَ يَكُونُ عَلَيَّ الصَّوْمُ مِنْ رَمَضَانَ، فَمَا أَسْتَطِيعُ أَنْ أَقْضِيَ إِلا فِي شَعْبَانَ. قَالَ يَحْيَى: الشُّغْلُ مِنْ النَّبِيِّ أَوْ بِالنَّبِيِّ r) رواه البخاري
Maksudnya: “Aku memiliki hutang puasa bulan Ramadhan. Aku tidak mampu mengqadhanya kecuali pada bulan Sya’ban.” Kerana sibuk (melayani) Rasulullah saw. [Sahih Muslim no: 1146. Sahih al-Bukhari, hadis no: 1950, penjelasan "kerana sibuk melayani Rasulullah saw" ialah penjelasan salah seorang perawi hadis yang bernama Yahya bin Sa‘id.]

Para ulama’ yang mengemukakan pendapat pertama berhujah, sudah tentu tidak mungkin isteri Rasulullah saw, yakni Aisyah ra, tidak melaksanakan puasa sunat enam Syawal. Pasti beliau melaksanakannya dan tindakan beliau yang mengqadha puasa Ramadhan pada bulan Sya’ban menunjukkan dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal sekali pun seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan.

Pendapat Kedua: Tidak boleh melakukannya, berdasarkan hadis yang menganjurkan puasa sunat enam Syawal itu sendiri yang telah dikemukakan di awal risalah ini. Hadis tersebut berbunyi: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.”

Rasulullah saw mensyaratkan “berpuasa Ramadhan” terlebih dahulu, kemudian barulah “mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal”. Ini menunjukkan puasa sunat enam Syawal hanya dilaksanakan sesudah seseorang itu menggenapkan puasa Ramadhannya. Jika ada puasa Ramadhan ditinggalkan, ia perlu diqadha terlebih dahulu. Kemudian barulah diiringi dengan puasa sunat enam Syawal.

Kalau diperhatikan secara teliti, pendapat yang kedua lebih rajih (kuat); Kerana ianya lebih menepati dalil puasa sunat enam Syawal itu sendiri. Selain dari itu, membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan dari memberi sedekah yang sunat. Ini disokong dengan ayat 133 surah Aali Imran yang dikemukakan sebelum ini, yang menganjurkan kita untuk menyegerakan amal kebajikan. Sudah tentu amal yang wajib lebih perlu disegerakan daripada amal yang sunat.

Namun, sekiranya seorang itu tidak berkesempatan (disebabkan keuzuran) untuk melakukan qadha kemudian berpuasa enam dan dia berkeyakinan akan sempat mengqadhakannya sebelum Ramadhan tahun berikutnya, maka pendapat yang pertama boleh diterima, berdasarkan apa yang dilakukan oleh Aisyah ra.

Menurut Imam An-Nawawi rh, Mazhab Malik, Abu Hanifah, Asy-Syafie, Ahmad dan jumhur salaf dan khalaf mengatakan: “Qadha puasa Ramadhan bagi mereka yang berbuka kerana uzur seperti kedatangan haid dan musafir, maka kewajipan mengqadhanya adalah secara bertangguh (‘ala at-tarakhi), tidak disyaratkan qadha terus apabila boleh melakukannya”. [Syarah Sahih Muslim 8/22].

قال النووي في شرح مسلم: “وَمَذْهَب مَالِك وَأَبِي حَنِيفَة وَالشَّافِعِيّ وَأَحْمَد وَجَمَاهِير السَّلَف وَالْخَلَف: أَنَّ قَضَاء رَمَضَان فِي حَقّ مَنْ أَفْطَرَ بِعُذْرٍ كَحَيْضٍ وَسَفَرٍ يَجِب عَلَى التَّرَاخِي، وَلا يُشْتَرَط الْمُبَادَرَةُ بِهِ فِي أَوَّل الإِمْكَان.”
Menurut Al-Khatib Asy-Syarbini: “Sesiapa yang tertinggal puasa Ramadhan, sunat dia mengqadhakannya secara berturut-turut dan makruh bagi orang yang ada qadha Ramadhan melakukan puasa sunat”. [Mughni Al-Muhtaj 2/181 cet, Darul Kutub Al-Ilmiah, Beirut].

3- Menggabungkan puasa qadha dan puasa enam.

Di antara persoalan yang sering timbul sekitar puasa enam ialah adakah harus menggabungkan di antara dua puasa iaitu puasa qadha dan puasa enam hari di bulan Syawal. Adakah diganjari dengan kedua-dua pahala tersebut dengan puasa yang satu?

Persoalan ini berlaku khilaf di kalangan ulama’, sebahagiannya yang berpendapat tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain, sekiranya dilakukan maka puasanya itu tidak sah, tidak bagi yang fardhu dan tidak bagi yang sunat.

Ada dikalangan ulama’ Syafi’iyyah berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qadha sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperolehi kurang daripada seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan. [Lihat: Hasyiah Asy-Syarqawi ‘Ala Tuhfah At-Tullab 1/428, cet, Darul Ma'rifah, Fatawa Al-Azhar 9/261 Al-Maktabah Asy-Syamilah]

Al-Khatib Asy-Syarbini berkata: “Jika seseorang berpuasa qadha atau puasa nazar atau puasa sunat yang lain di bulan Syawal, adakah dia mendapat pahala sunat (Syawal) atau tidak? Saya tidak mendapati pendapat ulama’ yang menyebut tentangnya, dan yang zahirnya adalah dapat pahala tersebut (pahala puasa yang diniatinya). Namun, dia tidak mendapat pahala sebagaimana yang disebut oleh hadis yang menerangkan tentang kelebihan puasa enam tadi, khasnya mereka yang tertinggal puasa Ramadhan kemudian berpuasa pada bulan Syawal. Ini kerana mereka tidak memenuhi maksud hadis tersebut (menyempurnakan puasa Ramadahan kemudian diikuti dengan puasa enam)”. [Mughni Al-Muhtaj 2/184 cet, Darul Kutub Al-Ilmiah, Beirut]

Setelah dikaji, pandangan ulama’ yang membolehkan puasa dua dalam satu ini, tidak bersandarkan mana-mana dalil al-Qur’an dan al-Sunnah. Mereka juga mengatakan amalan ini hanya mendapat pahala kerana kebetulan berpuasa qadha dalam bulan Syawal, sama seperti pahala sunat tahiyyatul masjid dengan solat fardhu (orang yang terus melakukan solat fardhu apabila masuk ke dalam masjid akan mendapat juga pahala sunat tahiyyatul masjid). Wallahu a’lam.

Oleh itu, lakukanlah dua ibadat puasa ini (fardhu dan sunat) secara berasingan, kerana sebagai seorang hamba yang tunduk kepada Allah SWT, memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan di antara yang menjadi kewajipan dengan yang menjadi galakan (sunat) tentulah lebih menunjukkan kesungguhan diri sebagai seorang hamba yang mencari keredhaan Tuhannya. Ini juga lebih berhati-hati (ahwat) dalam ibadat, serta melakukan ibadat dengan yakin adalah lebih utama (aula), kerana ada pendapat ulama’ mengatakan tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain.

Sebagai kesimpulan, puasa sunat semata-mata kerana Allah (bukan kerana sakit atau ingin berdiet) mempunyai kelebihan yang besar di sisi Allah swt dan sangat digalakkan oleh Rasulullah saw.

Sebagaimana yang diketahui semua amalan sunat adalah sebagai penampal kepada mana-mana kekurangan dalam amalan fardhu. Puasa enam hari pada bulan Syawal ini pula thabit dari sunnah Rasulullah saw. Sepatutnyalah kita mengambil peluang ini untuk berpuasa enam hari pada bulan Syawal.

Sempurnakan dahulu qadha beberapa hari yang tertinggal, kerana kita tidak tahu apakah hayat dan kesihatan yang ada akan berterusan sehingga kita dapat menunaikannya di masa hadapan.

Bagi orang yang tidak sempat melakukan puasa sunat kerana sibuk dengan puasa wajib diharapkan Allah swt akan memberi ganjaran berdasarkan niat dan azamnya. Sebagaimana sabda Nabi saw:

(( إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ أَوْ سَافَرَ كُتِبَ لَهُ مِثْلُ مَا كَانَ يَعْمَلُ مُقِيمًا صَحِيحًا )) رواه البخاري.
Maksudnya: “Apabila seorang hamba Allah sakit atau musafir (beliau tidak dapat melakukan amalan yang biasa dilakukannya) maka dituliskan baginya pahala seperti amalan yang biasa dilakukannya sewaktu tidak bermusafir dan sewaktu sihat” [Sahih Al-Bukhari no. 2834]

Semoga kita semua diberi taufiq dan hidayah oleh Allah swt ke jalan yang di redhai-Nya serta dapat melaksanakan ibadah puasa enam hari di bulan Syawal ini dengan sempurna. Seterusnya kita dimasukkan ke dalam golongan orang yang mendapat kejayaan dunia dan akhirat. Aamin.

وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وسلم تسليما إلى يوم الدين.

Abu Anas Madani, Pondok Sungai Durian.
posted by BLOGGER @ 4:09 AM

Sign of Al Qadr

Tanda kedatangan Lailatul Qadar
Oleh Wan Marzuki Wan Ramli

LAILATUL Qadar adalah satu malam pada Ramadan. yang keistimewaannya dikatakan menyamai bilangan seribu bulan. Perkara ini dijelaskan Allah dalam firman-Nya bermaksud: “Sesungguhnya telah kami turunkan al-Quran pada Lailatul Qadar. Tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul Qadar adalah lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadr, ayat 1 - 2)
LAILATUL Qadar adalah satu malam pada Ramadan. yang keistimewaannya dikatakan menyamai bilangan seribu bulan. Perkara ini dijelaskan Allah dalam firman-Nya bermaksud: “Sesungguhnya telah kami turunkan al-Quran pada Lailatul Qadar. Tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul Qadar adalah lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadr, ayat 1 - 2)

Gandaan pahala melakukan amal ibadat pada malam itu dikatakan mempunyai nilaiannya lebih 29,500 kali ganda kerana difahami daripada ayat itu, ganjaran pahala adalah lebih banyak dan baik melebihi seribu bulan.

Kebesaran Lailatul Qadar adalah berdasarkan dua perkara.

Pertama, kerana pada malam itu diturunkan al-Quran.

Kedua, pada malam itu akan turun malaikat dalam suatu angkatan yang besar, penuh gilang gemilang untuk memberi taufik dan hidayah kepada orang berpuasa dengan ikhlas.

Disebut sebagai Lailatul Qadar kerana pada malam itu akan turun malaikat untuk mengucapkan salam sejahtera kepada seisi penduduk bumi. Ia juga dikenali dengan nama Lailatul Syaraf bermaksud malam kemuliaan dan Lailatul Tajalli yang bermakna malam Allah melimpahkan cahaya dan hidayah-Nya kepada orang yang berpuasa dan beribadat pada sebelah malamnya.

Penentuan tarikh dan malam sebenar berlakunya Lailatul Qadar sering kali berlaku perselisihan pendapat di kalangan ulama. Pendapat yang kuat menyatakan bahawa adalah pada malam ganjil sesudah hari yang kedua puluh Ramadan iaitu malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadan.

Perkara ini sesuai dengan hadis Rasulullah daripada Ibnu Umar yang bermaksud: “Sesiapa yang ingin mencari Lailatul Qadar hendaklah pada malam kedua puluh tujuh.”

Sebuah lagi hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Muslim bermaksud: “Carilah dengan segala upaya kamu malam al-Qadar pada malam ganjil daripada sepuluh malam akhir Ramadan.”

Jelas daripada kedua-dua hadis itu bahawa Lailatul Qadar hanya berlaku pada satu malam pada Ramadan. Ia adalah sebagai perangsang kepada seluruh umat mukmin supaya berebut-rebut untuk mencari pahala dan ganjaran malam al-Qadar dengan melipatgandakan amal ibadat pada malam akhir Ramadan al-mubarak.

Jelas bahawa penyembunyian tarikh Lailatul Qadar akan menguatkan semangat dan kekuatan umat mukmin untuk terus berusaha mendapatkan ganjaran pada malam itu.

Allah sendiri selalunya menyembunyikan beberapa urusan agama yang lain atas hikmah-hikmah tertentu seperti:-

  • Allah menyembunyikan Lailatul Qadar untuk menguji umatnya sejauh mana tahap amal ibadat mereka sepanjang Ramadan;
  • Allah menyembunyikan saat penerimaan doa (ijabah segala doa) pada Jumaat agar kita berdoa sepanjang hari itu;
  • Allah menyembunyikan sembahyang Wusta dalam solat lima waktu supaya kita memelihara semua waktu solat fardu
  • Allah menyembunyikan isim adzam antara nama-nama-Nya agar kita menyebut semua nama-Nya (Asmaul Husna);
  • Allah menyembunyikan makna maksiat yang sangat terkutuk supaya kita menghentikan melakukan apa juga bentuk maksiat;
  • Allah menyembunyikan siapa yang menjadi wali antara mukmin supaya kita berbaik sangka terhadap semua orang mukmin;
  • Allah menyembunyikan kedatangan hari kiamat supaya kita selalu bersiap sedia; dan
  • Allah menyembunyikan ajal manusia supaya kita selalu dalam persiapan menemui-Nya;
    Bagaimanapun berkaitan Lailatul Qadar, ulama sepakat mengatakan bahawa ada beberapa tanda apabila berlakunya malam itu, antaranya:
  • Orang yang berkesempatan melihat malam al-Qadar dapat merasakan bahawa segala yang ada di bumi dan langit bagaikan bersujud ke hadrat Allah;
  • Sesiapa yang berkesempatan menemui malam al-Qadar akan melihat suasana alam yang terang benderang walaupun berada dalam kegelapan;
  • Sesiapa yang berkesempatan menemui malam al-Qadar akan dapat mendengar salam malaikat dan tutur kata mereka; dan
  • Orang yang berkesempatan menemui malam al-Qadar akan diperkenankan segala doanya.